Tuesday, June 21, 2011

Syaitan Itu Kreatif

Assalammualaikum ...


lama rasanya xpenuhkan entry dalam blog nie kan..bukan ape aku sejak2 nie demam melanda la beb..gastrik pula kembali mang xde mood lar kan nak update blog haku nie.. ay0s betul dah aku saat2 nie..okeh la malas nk panjang2 kan cite dari aku membebel xtentu hala korang mesti tertunggu2 kan ape kaitannya dengan cerita aku sejak aku menyepi tetiba nak cerita pasal kejadian2 yang aneh...

aik dirasuk ke ?

YA ALLAH jauhilah ia daripadanya...maksud aku disini cuma nak kongsi pegalaman yg menimpa hamba ALLAH nie... kesian nye lahai xsmpai hati melihat kedaan dia sekarang nie...dulu seorg yg periang,happy,ceria,peramah, sekarang alahai manusia2 kenapa la sedemikan rupa jadinya...besar sungguh kah kesalahannya sampaikan diperlaku sedemian rupa....
salah satu yg ada cerita mengenai Syaitan itu Kreatif ?
jom korang baca artikel nie petikan dari ilivislam...


Syaitan Itu Kreatif
www.iluvislam.com
Pahrol Mohd Juoi
Editor:mawaryangtinggi



Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading– maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!



Thursday, June 9, 2011

TANGKAP LELEH PULAK DENGAN NYA !!

hallop hallop guys..yang xpenah jemu-jemu singgah ke belog aku nie.... entry kali nie aku nk bercerita tentang satu lagu nie yg menyebabkan aku jatuh hati pulak dengan nya (bukan org h0kek) semenjak dua menjak nie selalu singgah dan bermain di kekendang telingga aku nie...terus aku nak simpankan dalam hati... melalut pulak dah kan...eh tapi ade ke aku kisah ?

mungkin dah lama kowt lagu nie..aku jer tengelam dengan dunia lagu2 omputih nie kan...la mnela aku pndai omputih-omputih nie...sebab dengar si spe tu ala HAZAMA AF9 tu ha yg nyanyi terus la tangkap leleh..sedap je dengar dia nyanyikan .... sore sedap cheki cheki gitu...aku ape lagidengan bantuan encik google nie... terus upload lagu '' HEY SOUL SISTER '' jom la korang kitanyanyikan lagu nie sesama dengan bantuan lirik nie yea...



''HEY SOUL SISTER''

Hey, hey, hey,...
Hey, hey, hey,...
Hey, hey, hey,...
Your lipstick stains
on the front lobe of my left side brains
I knew I wouldn't forget you,
and so I went and let you blow my mind

Your sweet moonbeam,
the smell of you in every single dream I dream
I knew when we collided,
you're the one I have decided
who's one of my kind

Hey soul sister,
ain't the Mr. Mister on the radio, stereo,
the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister,
I don't want to miss a single thing you do.....
tonight

Hey, hey, hey
Just in time,
I'm so glad you have a one-track mind like me
You gave my life direction,
a game show love connection
we can't deny
I'm so obsessed,
my heart is bound to beat right out my untrimmed chest
I ..
knew I wouldn't forget you,
and so I went and let you blow my mind

Hey soul sister,
ain't the Mr. Mister on the radio, stereo,
the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister,
I don't want to miss a single thing you do.....
tonight

The way you can't cut a rug
watching you's the only
drug i need
you're so gangsta
i'm so thug

you're the only one
i'm dreaming of
you see, i can be my self now
finally
in fact the's nothing i can't be
i want the world to see u be
with me

Hey soul sister,
ain't the Mr. Mister on the radio, stereo,
the way you move ain't fair, you know!
Hey soul sister,
I don't want to miss a single thing you do.....
tonight


okeh mcm mne dah hafal...eh silap-silap..mne nye nak hafal ye x.. okeh2 kat sini aku ade sedia kan 2 video utk tantapan korang ... superb!! gile sore diorg nie tu pasal nk tuju lagu kat korang ahaks2~ mcm aku pulak yg nyanyi ye x..dah2 abaikan kan..1st video from the original singer of the song, dari kumpulan ''TRAIN''...






lagi satu cover version dari MALAYSIA ... rasa-rasa kenal x..



cover version by ... HAZAMA AF9.. korang try lagu nie sy0ok lar dengar...

Tuesday, June 7, 2011

demAm melAnda Gara-gara nya

mesti uolls nak tahukan spe yg demam disebabkan oleh gara2 nya...

bukan aku lar weiii......en suami yg demam...teruk jugak la demam dia tp marahkan jugak sebab suka sgt berhujan berpanas gara2 mancing tu sebenarnya..
tapi bila semalam cuti kerja...xmuncul kemana lar pergi nya buah hati aku nie..
perbualan aku dengan en.suami ketika malam menjelma ...

pn isteri : aku balik rehat tghari .. tgk2 ubat xberusik..xmakan ubat ke laki aku nie haish ..susah hati seketika...
= ABG XMKN UBAT PUN...MEH MKN TGHARI MEH

en.suami : DA SHAT R..XNK LA YG XDE SELERA

pn.isteri : PANDAI LA ABG BDN PNAS LG SHT APE NYE..PERUT KSONG KANG XMKN,MKN LA SKIT..

en.suami :EYE DAH SHAT..HA KANG ABG MKN SKIT

pn.isteri : DAH SHAT DAH SHAT ...JGN NK MCING PLK, DUK UMH JER RHT2 BDN 2

en.suami : YES MEM....


4.30 pm hingga ke pukul 8.48pm suda berlalu....


pn.isteri : balik kje smpai mlm menjelma en.suami xbalik2....
pn.isteri : (send msj)
= ABG KT MNE ..
dalam setengah jam berlalu msj saya masih juga tidak berbalas (hati berkta)
pn isteri : send msj after tu ..... mau kan jwpan yg pasti ...andaian berbalaskan msj dari nya..
= ABG G MANCING EA...

en.suami : msj diterima ....
= YUP..DA SMPAI UMAH DA..ABG DPAT IKAN BESAR YG..HAHA..HAHA..HLANG DEMAM..HAHA..

pn.isteri berkata degus ... hilang demam konon...

pn.isteri : OWH XCKP PN KN...YELA ILANG DMAM HA...MANA IKAN EA...

en.suami : JAP G ABG BLIK..

en.suami : ABG KAT BLKANG NI..


perbualan saya dgn en.suami diteruskan....tersenyum senyum.....sekali tgk.....AYAK!!!!
besar nye.........berbelas2 kil0 berat ikan nie... huh !!
deman hilang katanya dpt ikan sebesar nie...puas hati ....
gumbira pulak aku tgk cinta hati aku nie... aduh abg2 .....


DAN HASIL TANGGAPAN NYA ADALAH .......... IKAN PATINNN...........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ha ni la hasil tanggapan ea...besar kan..
sebahagian darinya ekor dibagi2kan dgn kwan ...
so adil ...

uik.....jen0h la aku nk basuh nya malam2 nie...



tgk tu bersungguh betul nak kepakkan ikan tu...

SepEtang BersaMa MerekA

after work dlm 4.30.. um balik je rumah ouch buring ye lahai.. nasib la a.k.a anak buah aku dtg, konon ye igtkan mamat (anak buah jgk) ade umah nenek nye...upe dah balik ...

so borak2 xlama tu aku ajak tiqah a.k.a anak buah pergi depan, tempat akk aku berniaga..mungkin kat sana xde la busan mne kan buleh tgk2 orang huhu...akak aku berniaga kecil-kecilan jer goreng2 menu kuih muih makan petang...ok lar klu rasa nak lepak2 ke kan..



muncung dikk panjang nye..nie mak jaga


ape sebab la pulak mamat sorng nie ... terkejut tiba2 kena senap
bukan apa taukey satay maa.... huhuhu


sebab kenapa ??? sto0p st0pp ...!!


haish xdpt lagi erk korang nk lihatkan spe dia nie erk ...
xpe la memandangkan a.k.a anak buah kan...so
sori ucu copy hokek pict lain huhu
nak tau x spe ... nak nak nak
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
TARAAAAA
nie lar gadis si kembar diatas tu...
hehe...siyes kembar hokek xtipu kawan2 punye...


balik dari tmpat niaga tgk ade la satu team pemain bola sepak ko.... hebat gile lar mereka ....

eh bukan yg nie lar uolls..silap silap dia nie mimi (anak buah i)
penonton kepada perlawanan bola sepak yg diadakan
ketika ini...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



salah seorang pemain termuda....huhuhu
comelkan bulat bijik mat0 eh...

di antaranya...nie pon xcukup lar....ade lagi tp dorng xde time nie
yg jersi biru tu lawan mereka.. opkozlah kalah ye x..sorng lawan 6 aje ke giler !!.
peace yoww...
ahaks~~ ahaks~~

Monday, June 6, 2011

Wedding Gee & Shah and Atie & Limie

attend wadding lagi....sebelah jerantut pahang sana..berjalan sambil memenuhkan ruang kenduri kawen di musim cuti sekolah...so kol 9 pagi keluar dari rumah takut sampai lewat pulak nanti...ate jauhkan kami berjalan so kena la awal2 gerak.


um nie la perantinnya sepupu aku yg perempuan tu

pasangan secocok gitu kan uolls...sama padan sama cantik

lawa sangat yee...

yang nie pulak aka anak buah sepupu aku tu
kira aka ank buah saudara aku la yek ..

ha perantin lama nk jugak kan rasa pelamin mereka..huhu

seronok mak aku dpt jumpe kakak dia
sama x sama x muka diorang...ha samakan ni berdua je sorang lagi
makcik aku sibuk xdpt amk gamba bertiga...lagi sam muka dia gan mak aku..

aceh ceh ceh...malu2 pulak cinta hati saya nie.. (padahal xsuke amk gmba)
muka terpaksa..huhu

buai laju2 sampai cucur atap..mukan main laju lagi erk buai adik tu
bdak2 kan mne tahu diam..haishh

Friday, June 3, 2011

Ibu Bapa Ku Kawan Karib Ku



Jika anak anda mempunyai masalah, siapakah orang pertama yang dia akan jumpa?
Adakah anak anda selesa menceritakan masalahnya kepada anda?
Atau, dia lebih selesa menceritakan kepada kawan-kawannya?
Siapakah pula orang pertama yang dia akan ceritakan perasaan gembiranya?
Andakah selaku ibu bapa atau kawan-kawannya?

Persoalan ini adalah antara yang kami selalu tanya pada diri sendiri bagi mengukur tahap penerimaan anak-anak terhadap kami selaku ibu bapa. Buat masa ini Farhah dan Muslih masih belum mencapai usia remaja. Bila mereka mencecah umur belasan tahun, persoalan-persoalan di atas perlu menjadi persoalan harian, agar kami tidak leka dalam memahami gelodak perasaan mereka.

Bagi anak-anak, terutamanyanya remaja, 'kawan' ertinya orang yang rapat dalam hidupnya. Orang yang boleh memahami apa yang dirasainya. Menjiwai kegemaran dan kebenciannya. Bermain dengan permainan yang sama. Bercakap dengan bahasa yang sama. Boleh diajak bersembang panjang dan boleh keluar bersiar-siar bersama-sama.

Tidak dinafikan rakan atau kawan sebaya mempunyai pengaruh besar dalam diri anak-anak. Fitrah manusia terdorong untuk mendekati mereka yang seusia untuk sama-sama bermain dan berbicara. Lantas, pengaruh rakan sebaya ini amat besar dalam menentukan perangai, pemikiran dan minat anak-anak.

Ibu bapa sebagai kawan karib

Namun, hakikat ini tidak pula menafikan kemampuan ibu bapa untuk menjadi 'kawan' karib' kepada anak-anak. Bapa contohnya boleh menjadi kawan karib anak lelakinya. Ibu pula menjadi kawan karib anak perempuannya. Menjadi kawan kepada anak tidak bermakna status bapa tergadai. Bahkan kedudukannnya sebagai bapa akan lebih mantap. Menjadi kawan kepada anak, tidak akan menghilangkan penghormatan seorang anak kepada ayah atau ibunya, bahkan jika kena caranya, penghormatan itu akan berganda-ganda.

Namun begitu, menjadi kawan karib kepada anak bukanlah suatu yang mudah. Sebagai 'kawan', ibu bapa perlu memberikan kepercayaan kepada anak, dan secara tidak langsung anak itu pula akan memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada ibu bapanya.

Sebagai 'kawan' juga ibu bapa perlu mewujudkan keserasian antara satu sama lain. Di sini, ibu bapa perlu menjiwai minat dan kecenderungan remaja. Sebaik-baiknya ibu bapa terlibat sedikit sebanyak dengan aktiviti keremajaan yang digemari anak-anak. Pengetahuan tentang perkembangan semasa yang diikuti para kanak-kanak dan remaja juga perlu diketahui. Bahasa 'slanga' ala remaja juga perlu diselit dalam perbualan agar mereka rasa selesa dan yakin dengan ibu bapa.

Ibu bapa perlu memahami bahawa mendekati anak-anak menggunakan pendekatan remaja dan kanak-kanak merupakan salah satu uslub dakwah yang berkesan. Rasulullah SAW sendiri berbicara dengan manusia berdasarkan tahap pemikiran dan umur mereka.

Memimpin kawan

Ibu bapa yang menjadi pendakwah kepada anaknya perlu juga menggalakkan anaknya menjadi pendakwah kepada kawan-kawannya. Selain dari berkawan dengan anak-anak ibu bapa juga perlu sentiasa mendorong anak-anak untuk menjadi ejen perubah. Anak-anak perlu digalakkan untuk menjadi orang yang mampu mempengaruhi kawan, bukannya mudah terpengaruh dengan kawan, terutamanya jika kawan itu mengajak kepada kebobrokan.

Tegasnya, anak yang cemerlang bukan sahaja memilih kawan yang baik, bahkan mampu membawa kawan-kawannya menjadi lebih baik dan hebat. Betapa besar pahala ibu bapa mampu melahirkan anak-anak yang dapat membimbing rakan sebaya ke arah kebaikan. Anak-anak seperti ini bukan sahaja menyejukkan mata ibu bahkan juga dapat menjadi pemimpin ummah suatu hari nanti.

Selamat berusaha mendidik anak-anak... Insyaallah balasan dari Allah menanti kalian

Thursday, June 2, 2011

Hidayah Dari Yang Maha Berkuasa ...


Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_________menginginkan anda_________ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.

Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam......