Thursday, July 28, 2011

Andai Dia Pergi Dahulu Sebelum Mu :...(



Tertulis suratan takdir ketentuan dari Ilahi bahawasanya kamu dipanggil kealam barzah untuk menemui NYA disana..Kamu dijadikan oleh NYA dan kini kamu juga akan kembali kepada NYA..Jam 10 pagi aku dikejutkan dengan panggilan sms dari sepupu bahawa anak buah saudara ku kini dalam keadaan tenat...Selang beberapa minit kemudian beliau didapati telah kembali keramahtullah...AL-FATIHAH

Salam terakhir buat mu allahyaramah JULIA ADILA BINTI KAMARUDIN, perginya kini tidak akan kembali buat selama-lamanya..Allah lebih menyayangi mu dari kami keluarga mu, sahabat2 mu.. Mungkin disana kamu lebih aman dari didunia ini menangung kesakitan dan penderitaan yang kamu alami selama ini.. Walaupun berat untuk melepaskan mu tetapi kami redha atas pemergian mu... Kami sentiasa mengiringi mu dengan doa untuk perjalanan mu disana..


KINI DALAM KENANGAN.....AL-FATIHAH....ALLAHUAKBAR :......(




Andai dia pergi dulu sebelum mu, sapuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya... kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala... yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah... diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi... tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah "pemutus" segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW.Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah... Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan... ketika itulah baginda menyebut, "rafiqil a'la, rafiqil a'la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!"

Dalam "kamus" kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.

Namun begitu, di saat sakaratul yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita... umat yang akan ditinggalkannya.

Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:

"Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: "Mengapa engkau kerjakan?" Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: "Mengapa engkau tidak kerjakan?" Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: "Mengapa ada pula barang ini?" Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:"Alangkah baiknya kalau barang itu ada." Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: "Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!"

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat , ana abdullahi walan yudhi'ani , aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!"


-Petikan Artikel Iluvislam.com



Tuesday, July 26, 2011

WELCOME RAMADHAN !!

:: Assalammualaikum semua pengunjung blog ::

== Kini Ketibaan Bulan Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi.. saat2 hari yang silih berganti suda pasti ia muncul kembali ==

di kesempatan ini aku nak ucapkan kepada uolls semua yg kunjung

::SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG BAKAL MENJELMA TIDAK LAMA LAGI ::
1 Ramadhan 1432 Hijri'



Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2) Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa ketika Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.


Wednesday, July 20, 2011

SelaMat Hari ulAng TahUn kElahirAn mU MAK

21 hb 7 bakal tiba es0k dan genap la umur mak 68 tahun semoga mak sihat2 selalu gembira sentiasa, mak pejuang hidup kami adik-beradik tidak ternilai dik kata2 yg tidak mengenal erti penat, tidak penah mengeluh untuk membesar kami sehingga mengenal erti kebaikkan dan keburukan ..

Memandangkan akak aku ingin menjamu makan-makan untuk keluarga kami adik-beradik. Jadi sambutkan sekali ulang tahun kelahiran mak, ingin melihat mak gembira di hari lahirnya yg bakal tiba dan sambut besday k.sal sekali walaupun dah lepas bberapa hari =) ..



bertungkus lumus menyiapkan menu2 makan



juri makanan
komen mak komen



peace yo0W!!



aku nak naik nie boleh pulak main2
kang aku jerit kang



pemandu berhemah yg menjaga keselamatan diri



sebahagian menu




sedap wo0..
thumb up for chef k.ude & k.sal



melepaskan geram xdpt mkn td




sham kecik , mokde , sham besar (paktam)




smilE .. great



ALLAH SELAMAT KAN KAMU,
ALLAH SEMALAT KAN KAMU,
ALLAH SELAMAT KAN..............
MAK DAN K.SAL
ALLAH SELAMAT KAN KAMU ...



YUM YUM YUM



happy besday bonda & k.sal



suap nenek suap...



xsaba dah mereka nie ..!!



mama adik punye mane ..!!



sila2 la menjamu selera..
acecece mcm raya la pulak..




tegok si kecik nie
dia nie mang pantang sgt dengan air...klu pegi mana2
xsah x nak mandi ..bak kate mak riki bilik air rumah org

Tuesday, July 19, 2011

Rindu saAt dAn KetikA ini...

Assalammualaikum semua bloger2 dan kawan2...

Ok entry kali nie aku nak bercerita tentang zaman kanak-kanak YANG TERSIMPAN SERIBU SATU KENANGAN DALAM HIDUP semua orang termasuk dalam diri aku jugak. korang pasti ingatkan lagi zaman2 niE.. seronok tak terkata tak terpikir dik kata-kata terhibur dgn kwn-kwn,keluarga.

Orang kata semua nay ok la time kanak2 nie..Ape yg tak best mengenai zaman knak2 semuanya best kan..


klu korang ade cerita yg lagi best dan lucu cerita lar pasti seron0k kan saat berborak dgn rakan2 ketika ini...ada antara yg sebaya kita suda mendirikan rumah tangga melengkapkan sebahagian hidup kita..dari kecil >> remaja >> dewasa >> alam rmah tangga >> berkeluarga pasti juga korang akan lalui saat2 ini nanti..


korang tgk ape ade saat2 aku dulu ngeh2...gelak tawa mengiringi bila melihat time aku dulu..




after school huhu ...join CNI


waktu raya bersama abah tersayang


bergambar kenangan di hari raya bersama saudara

terdekat


MY FAMILY

love so much


seronokkan ape la yg dibual kan aku time nie

huhu low memory betul hehe


byak betul bear2 aku nie


pantang bngah aku begerak sikit

mesti nak ikut jgk..lagi2 klu naik moto..

dalam kenangan moto nie


syg adik pada abg nyE ..


with b.man

slim lar..tp skrang nauzubillah huhu


with k.udE at zo0 melaka


ngeh3 no k0men


VVVIP HIDUPKU


k.long , syam , ucu


sayang mak .. muahxx


17 / 06 / 1996

tiada tolak bandingnya seorang abah..Rindukan

saat manis bersama abah. Pemergian yg meninggalkan

belaian kasih untuk selama-lamanya. Begitu kejap diberikan masa

untuk bersama keluarga dan aku masih belum mengenal erti ketiadaannya

sehingga kini masih mahukan belaian dari nya..semoga roh abah ditempatkan

dikalangan orang2 yang beriman..

AL-FATIHAH


from 5


Kelas cikgu Zaiton (ERT)


from 3


pengawas sekolah

from 3


suda menganas hahaha

rindu dgn korang semua !!


Friday, July 15, 2011

KetikA kErja dalAm keb0sanan

Assalamualaikum.....
JUMAAT HARI YANG TENANG.....SEMOGA ALLAH PANCARKAN NUR TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA HATI YANG SERING DICEMARI KEGELAPAN, DIAMPUNKAN SEGALA DOSA SILAM....AMIN

Bila diri dalam kb0sanan saat xde kerja ape lagi harus dibuat...






rutin harian waktu bekerja


cepat2 siap kan kerja !! huhu

yeah !! lega peace yo0ww.

Thursday, July 14, 2011

dah sElamat dah...

On the road..eh mcm jauh sgt pulak kan umh mtua dgn umah mak aku nie...rutin harian di waktu berkerja jika td0 sebelah sanE mesti balik jmpe mak dulu rasa lain klu xjumpE ish xboleh xb0leh..

Sampai je ank buah aku pulak xsekolah demam dah bpe hari dah...tapi dia sorang nie memang sukE betul dengan kucing belaan abg aku nie...kdang rimas dah aku tgk asyik berpegang jer...ada 2 ekor, sekor jantan and sekor lagi betina...Citot gan Dobot...huhu

Pagi tadi xsempat aku nak turun mot0 dak mimi keluar ucu-ucu Dobot dah bersalin... ha!! tercegang aku bersalin!! aduh pandai pulak tu ckp bersalin hahaha....bukan lar beranak la mimi..orang je bersalin binatang beranak..um macam2 la kau niE ..xsempat nak amik banyak2 td pict dobot ..



budak yg jaga kucing..hehe muka demam tp still nak jugak usik2 kucing...
mimi mimi...


14/07/2011 selamat suda si DOBOT


sebelum nie dobot ade beranak tapi sygnya mati pulak. banyak plak tu kesemuanya
ade la 4 ke 5 ekor yg mati..aduh rugi2 5 ekor kucing siam

tapi kali nie huh selamat-selamat...
sayangnye seekor binatang terhadap anak-anaknya...